Srikandi Bomba

Tidak sekadar tangkas di lokasi kebakaran

Wirawati Celoreng Bomba

Dalam dunia yang penuh cabaran dan risiko, anggota bomba wanita membuktikan bahawa keberanian dan ketabahan tidak mengenal jantina.

Dengan semangat juang yang tinggi dan kecekapan luar biasa, mereka bukan sahaja melaksanakan tugas berat tetapi turut memecahkan stereotaip dalam bidang yang sering dikaitkan dengan lelaki.

Tidak sekadar operasi menyelamat dan kebakaran, mereka juga memiliki kepakaran di bahagian pentadbiran serta kempimpinan.

Wirawati Celoreng Oren

Pegawai wanita dilantik sebagai Ketua Balai, Pengarah Negeri

Jumlah keanggotaan wanita dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semakin meningkat malah selain terlibat dalam operasi penyelamatan, anggota wanita turut diberi tanggungjawab memegang jawatan di peringkat kepemimpinan jabatan.

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, data terkini dari 2022 hingga 2025 menunjukkan peningkatan konsisten dalam jumlah anggota bomba wanita.

Walaupun jumlah keseluruhan pengisian jawatan agak stabil sekitar lebih 13,000 setiap tahun, peratusan penyertaan wanita juga menunjukkan perkembangan positif:

2022: 664 wanita (4.90% )
2023: 661 wanita (4.95%)
2024: 711 wanita (5.26%)
2025: 714 wanita (5.32%)

Sebelum bergelar anggota bomba, wanita menghadapi cabaran dalam ujian kelayakan yang menuntut ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Selain itu, kekangan keluarga, persepsi masyarakat dan kurangnya pendedahan terhadap bidang ini turut menjadi faktor penghalang kepada lebih ramai wanita untuk menyertai JBPM.

JBPM memberi peluang kepada anggota wanita untuk berkembang dalam kerjaya melalui latihan profesional, kursus kepimpinan dan pendedahan kepada tugasan khas.

Kini terdapat beberapa balai bomba yang diterajui oleh ketua balai wanita seperti BBP Gebeng, Sungai Petani, Damansara, Kuala Terengganu, Simpang Pulai, Pengkalan Chepa, Lintas, Putatan, Batu Kawan dan Presint 14, Putrajaya.

Selain itu, negeri Johor dan Perak turut mempunyai pengarah JBPM wanita, menunjukkan bahawa kepimpinan wanita semakin diiktiraf dalam jabatan ini.

Prestasi cemerlang anggota wanita turut diperlihatkan melalui pencapaian di peringkat antarabangsa dan tempatan. Antara kejayaan yang membanggakan termasuk:

PBK I Noor Fazida Tina binti Mohammad Noor dari JBPM Negeri Selangor yang telah terpilih ke Spiez, Switzerland pada 1 Julai 2024 bagi mengikuti kursus anjuran Organisation for the Prohibition of Chemical Weapon.

Lebih 60 pencalonan daripada seluruh dunia, beliau telah melepasi beberapa saringan seperti peperiksaan khas dan sesi temuduga yang akhirnya melayakkan beliau menjadi satu-satunya wakil Malaysia ke kursus ini bersama wakil-wakil dari 25 buah negara yang lain.

Begitu juga dengan PBK II (KUP) Saredah binti Mohd Salleh dari BBP Presint 14, Putrajaya yang merupakan anggota bomba wanita pertama menerima anugerah pelatih terbaik keseluruhan Kursus Asas Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM) tahun lalu.

Meskipun merupakan ibu kepada dua anak, beliau yang merupakan antara tiga wanita daripada 35 peserta kursus telah berjaya menamatkan latihan mencabar termasuk berjalan sejauh 18 kilometer dengan beban 70 kilogram dalam masa lima jam.

Kejayaannya ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anggota wanita untuk menyertai pasukan elit STORM yang kini hanya mempunyai sembilan anggota wanita daripada lebih 500 ahli di seluruh negara.

Anggota bomba wanita memainkan peranan penting dalam operasi kecemasan, terutama dalam situasi yang melibatkan wanita dan kanak-kanak yang memerlukan pendekatan sensitif dan berempati.

Mereka juga terlibat secara aktif dalam pendidikan keselamatan kebakaran serta aktiviti advokasi di peringkat komuniti, membantu meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kebakaran dan pencegahan risiko.

JBPM terus berusaha memperkasakan wanita dalam jabatan menerusi latihan, kursus profesional serta dasar kenaikan pangkat berdasarkan merit dan prestasi.

Dengan sokongan yang semakin kukuh, peranan wanita dalam JBPM dijangka terus berkembang, menjadikan mereka aset penting dalam perkhidmatan penyelamatan negara.

Nurmala cekap kendali jentera bomba

Kecekapan mengendalikan beberapa jentera bomba menjadikan Pegawai Bomba Kanan 2, Khas Untuk Penyandang (KUP), Nurmala Sebli dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri disegani rakan setugas.

Antara jentera utama bomba yang boleh dikendalikan wanita berusia 41 tahun itu ialah Fire Rescue Tender (FRT) Scania, Lower Fire Rescue Tender (LFRT) Atego Mercedes dan jentera water tanker.

“Pada mulanya memang tak percaya dan gementar juga untuk bawa jentera besar bomba ni, tapi alhamdulillah, kini saya rasa seronok pula memandu jentera bomba.

“Lagi pun pada masa ini, saya merupakan pemandu jentera wanita tunggal yang berkhidmat di sini.

“Walaupun adakalanya terpaksa bersaing dengan sembilan lagi pemandu lelaki di sini, tetapi saya tetap gembira kerana tetap diberikan tanggungjawab sebagai pemandu jentera,” kata ibu kepada tiga anak berusia 11 hingga 16 tahun itu lagi.

Ujar beliau, perkara tersebut dianggap sebagai satu persaingan yang baik dalam usaha membentuk diri untuk menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab ketika berkhidmat.

Menurutnya, tanggungjawab sebagai pemandu jentera agak besar dan antara cabaran utama perlu cekap serta pantas untuk menghantar anggota ke lokasi kecemasan.

“Antara cabaran lain seperti kesesakan lalu lintas, akses masuk ke lokasi selain ketiadaan sumber air bagi tujuan pemadaman.

“Sebagai seorang anggota bomba perlu menguasai beberapa kemahiran teknikal lain terutamanya mengendalikan pam,” ujar anak kelahiran Kota Samarahan, Sarawak itu.

Nurmala yang merupakan anak kedua daripada lima beradik berkata, dia mula menceburi bidang bomba dengan menyertai Akademi Bomba dan Penyelamat (BBP) di Sarawak pada 2011 sebelum ditugaskan di Skudai, Johor serta kini di Iskandar Puteri.

“Setelah dipindahkan, saya telah diletakkan hampir di ke semua unit bermula dengan pentadbiran, latihan hingga unit operasi...saya dah cuba kesemuanya.

“Kini saya ditempatkan pula di unit pemanduan yang memerlukan saya untuk memandu jentera ke lokasi,” kata pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan sebuah kolej swasta di Sarawak.

Ketika ditanya mengenai pengalaman paling mencabar selama bergelar anggota bomba, Nurmala berkata, kejadian kebakaran di Gelang Patah, tidak lama dahulu merupakan pengalaman yang paling mencabar.

Jelasnya, hutan yang terbakar dianggarkan dalam keluasan tiga ekar selain laluan masuk ke kawasan terlibat dalam kebakaran agak sempit, berbatu dan tiada bekalan air membuatkan jentera terpaksa berulang alik sejauh tiga kilometer.

“Satu lagi operasi yang saya sifatkan menguji mental dan emosi dan juga berisiko tinggi ialah ketika saya menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan bunuh diri.

“Wanita itu bercadang untuk terjun dari bangunan setinggi 16 tingkat tetapi alhamdulillah, tak sanga pula pujukan saya berjaya melembutkan hatinya untuk tidak meneruskan niat untuk terjun.

“Rasanya, itulah tindakan paling berani saya lakukan dan jika tersilap langkah, pasti wanita tersebut akan terjun,” katanya.

Norazizah srikandi Hazmat tangani ancaman kimia, bencana besar

Sebagai anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba KB1, Norazizah Nordin memiliki kemahiran untuk mengendalikan situasi kecemasan seperti kebocoran gas berbahaya, runtuhan struktur industri atau tumpahan bahan kimia.

Wanita berumur 30 tahun itu juga merupakan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) yang berpengalaman dalam operasi mencari dan menyelamat melibatkan bencana besar.

Norazizah Nordin yang kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berkata,

“Menjadi anggota Hazmat memang dilatih dan saya perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan kes-kes melibatkan bahan kimia berbahaya.

“Selepas membuat pengesanan di sesuatu kawasan dilaporkan ada tertumpah bahan kimia, tindakan selanjutnya adalah untuk meneutralkan lokasi tersebut lebih-lebih lagi jika berlaku di tempat awam.

“Setiap kes memerlukan penilaian awal yang tepat menjadikan proses mengenal pasti bahan sangat penting, menilai tahap risiko dan mengambil langkah kawalan sebelum operasi nyahcemar dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Norazizah, bencana merupakan insiden yang tidak boleh diduga dan memerlukan daya tahan mental tinggi ketika menjalankan operasi selain ketahanan fizikal.

Misalnya ujar beliau, bagi situasi bencana seperti tanah runtuh, mahir memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sahaja tidak mencukupi sebaliknya perlu cekap menggunakan peralatan lain.

“Ini kerana sesetengah situasi memang memerlukan saya untuk terlibat sama seperti pegawai bomba yang lain,” katanya lagi.

Mengimbas pengalaman Norazizah mengakui tragedi tanah runtuh di Batang kali pada Disember 2016 antara operasi mencabar yang pernah disertai kerana insiden itu meragut 31 nyawa.

Ujarnya, pasukan khas bomba terpaksa ‘berkampung’ di lokasi selama sembilan hari dengan keadaan tanah tidak stabil dan berlumpur selain turut menyebabkan akses ke kawasan bencana amat berisiko.

“Ketika kejadian itu, kekuatan fizikal dan mental amat penting bagi operasi menyelamat mangsa yang terlibat. Sebagai anggota penyelamat, kami bukan sahaja perlu memastikan keselamatan orang ramai tetapi juga diri sendiri.

“Tidak dinafikan penat itu ada tetapi perasaan putus asa memang tiada dalam kamus hidup saya kerana kami sebagai anggota JBPM bekerja secara berkumpulan.

“Jatuh bangun, kami bersama-sama hadapi segala kesulitan,” tambanya.

Anom Faizura pakar undang-undang bomba

Penguasa Kanan Bomba I, Anom Faizura Mohd Hizam memikul tanggungjawab besar dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari sudut penguatkuasaan dan perundangan.

Pegawai yang telah berkhidmat selama 15 tahun itu berkata, tugasnya memerlukan kemahiran tinggi secara teknikal melibatkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988, peraturan berkaitan keselamatan kebakaran, kod bangunan dan prosedur audit kebakaran.

Menurutnya, peranan tersebut bagi memastikan nyawa dan harta benda orang ramai dilindungi dengan lebih baik melalui pematuhan undang-undang.

“Kemahiran penilaian risiko, pengurusan insiden dan penggunaan sistem dokumentasi serta penguatkuasaan digital juga amat diperlukan.

"Sebab itu, saya turut menghadiri pelbagai latihan teknikal seperti audit premis berisiko tinggi dan latihan kebakaran berasaskan simulasi untuk menambah kemahiran serta pengetahuan,” katanya yangbertugas di Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya.

Ujar anak kelahiran Hutan Melintang, Perak berusia 41 tahun itu, beliau pernah terlibat dalam siasatan kes kebakaran besar melibatkan kehilangan nyawa dan kerugian jutaan ringgit.

Menurutnya, kes tersebut amat mencabar dan memberi tekanan tinggi apabila memerlukan ketelitian kerana pendakwaan serta laporan teknikal akan menjadi rujukan kepada pelbagai agensi lain.

" Tugas saya memastikan semua dokumen siasatan lengkap, sah dari segi undang-undang dan boleh digunakan di mahkamah," tegasnya.

Selain itu, Anom Faizura juga perlu menyampaikan hujahan secara berstruktur, meyakinkan dan tepat kepada pihak berkepentingan terutama pengurusan tertinggi jabatan termasuk kementerian dan industri.

Katanya,kemahiran komunikasi berimpak tinggi bukan lagi kelebihan tetapi satu keperluan mutlak.

"Untuk itu, saya menyertai Kelab Toastmasters JBPM Putrajaya secara aktif bermula tahun lalu untuk mengasah kemahiran pengucapan awam, komunikasi teknikal dan kepimpinan.

“Ini dapat meningkatkan keberanian untuk menyuarakan pandangan dalam mesyuarat atau forum berprofil tinggi," ujar lagi.

Kata beliau, penglibatan dalam proses penggubalan pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) yang selesai dibentangkan di Parlimen Mac lalu antara tugas mencabar pernah dilaluinya.

Selain menyediakan draf cadangan pindaan bersama pasukan perundangan JBPM, beliau turut diberi tanggungjawab mewakili jabatan dalam sesi libat urus dan pembentangan teknikal di Parlimen.

Jelasnya, tugas itu memerlukan ketelitian, keyakinan tinggi dan kefahaman menyeluruh terhadap undang-undang sedia ada serta kesan implikasi setiap pindaan yang dicadangkan.

Siti Farizun bertugas di tiga unit dalam 12 tahun berkhidmat

Berkhidmat di tiga unit berbeza sepanjang 12 tahun dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi kelebihan kepada Penguasa Kanan Bomba II, Siti Farizun Naim menguasai pelbagai kemahiran sebagai pegawai bomba kompeten.

Pada permulaan karier selepas menamatkan latihan pada 2013, anak kelahiran Perak itu ditempatkan di unit udara di Pangkalan Udara JBPM Wilayah Tengah Subang selama empat tahun sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

Beliau turut memiliki kemahiran asas bagi memenuhi latihan yang ditetapkan di unit tersebut sebelum ditugaskan ke bahagian operasi.

"Bekerja dengan pesawat bukanlah sesuatu yang mudah kerana tugas itu memerlukan fokus sangat tinggi dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.

“Malah sebagai anggota bomba, saya juga perlu mahir mengendalikan pelbagai peralatan operasi termasuk bahan berbahaya.

“Sekarang saya berkhidmat di Bahagian Latihan Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. Tugas saya tertumpu kepada pengurusan dan menyelaras kursus-kursus yang ditetapkan jabatan," kata pegawai berusia 33 tahun itu.

Siti Farizun juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah JBPM sebelum ini, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin.

Berkongsi pengalaman operasi yang paling mencabar, beliau berkata,
Insiden pemadaman kebakaran sebuah rumah penjagaan warga emas di Selangor yang melibatkan beberapa nyawa terkorban pada 2017 masih segar dalam ingatannya.

"Api marak dan merebak hingga hampir keseluruhan bangunan menyebabkan hanya sebahagian penghuni sahaja yang dapat diselamatkan.

"Setelah api berjaya dipadamkan, kami terpaksa melihat satu keadaan yang amat tragis," ujarnya.

Kata Siti Farizun, anggota bomba juga manusia biasa yang tidak boleh lari dari masalah namun memegang prinsip berlapang dada dengan segala takdir dan bersikap selalu bersyukur.

Bagi mengekalkan tahap kecergasan, beliau aktif melakukan aktiviti mendaki yang turut melatih ketahanan mental, mengurus tekanan dan berfikiran positif walaupun dalam keadaan penat.

Siti Farizun turut menggalakkan golongan wanita muda untuk menyertai JBPM kerana tugas bomba lebih daripada sekadar memadam kebakaran.

"Jika ada minat dan kesungguhan, jangan takut untuk melangkah kerana yang penting sentiasa bersedia untuk belajar, kuatkan semangat dan jangan mudah berputus asa," katanya.

Lebih banyak kisah lain

Cabaran gen z bergelar ibu muda

Mereka ditakdirkan bertemu jodoh di usia yang dianggap mentah dan menyambut tangisan cahaya mata pertama ketika umur belum pun mencecah 23 tahun.

Gaji tak cukup tampung kos sara hidup

Kisah suka duka individu berusia satu abad yang masih sihat menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang. Mereka menyaksikan dan melalui perubahan zaman.

Jerat hutang beli dulu bayar kemudian

Kadar penggunaan skim BNPL di Malaysia semakin meningkat kerana mudah diluluskan dengan jumlah pengguna mencapai 10.3 juta orang pada 2024.

Legasi Keluarga Sang Saka Biru

Mereka ini hanyalah suri rumah namun bijak merebut peluang meningkatkan taraf hidup dengan menambah pendapatan diri dan keluarga.

Rahsia moyang hidup lebih 100 tahun

Kisah suka duka individu berusia satu abad yang masih sihat menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang. Mereka menyaksikan dan melalui perubahan zaman dengan berdepan pelbagai cabaran.

Trend mati sendirian membimbangkan

Fenomena ramai warga emas di Jepun mati keseorangan dikhuatiri melanda Malaysia susulan trend hidup bersendirian dan tidak berkahwin dalam kalangan rakyat berusia 30 tahun ke atas.

Derita anak-anak hidap kanser

Pada 2024 , kadar kes kanser dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah ialah enam kes bagi setiap 100,000 penduduk dan sebanyak 1,000 kes kanser kanak-kanak baharu dilaporkan.

Tak sanggup tunggu pencen 60 tahun

Tekanan kerja berlebihan dan keletihan emosi melampau menjadi antara punca utama jururawat hospital kerajaan mengambil keputusan bersara awal berbanding menunggu sehingga umur 60 tahun.

Tanahku tiba-tiba milik orang

Penipuan pindah milik tanah persendirian semakin meruncing dengan kewujudan sindiket yang beroperasi menggunakan taktik licik dan mengeksploitasi kelemahan sistem pengurusan tanah.

Suri rumah poket tebal

Mereka ini hanyalah suri rumah namun bijak merebut peluang meningkatkan taraf hidup dengan menambah pendapatan diri dan keluarga.

Sinar Karangkraf Sdn Bhd
Lot 1 Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15
40000 Shah Alam
Selangor, Malaysia
03-51017388
editorsh@sinarharian.com.my

Diterbitkan oleh Strategi Kandungan dan Perancang Media pada Jun 2025