LEGASI KELUARGA SANG SAKA BIRU

Muhamad Puzi (dua kiri) diserapkan ke dalam pasukan polis hutan semasa mula menyertai badan uniform tersebut pada 1977.

Muhamad Puzi (dua kiri) diserapkan ke dalam pasukan polis hutan semasa mula menyertai badan uniform tersebut pada 1977.

Berkhidmat selama 40 tahun, satu bulan, 21 hari dalam badan uniform memberikan satu kepuasan buat Muhamad Puzi Wahad, 68, yang bersara sebagai Sarjan Mejar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Perlis pada 22 Jun 2016.

Lebih mengujakan beliau, dua daripada tujuh anaknya turut mengikut jejak langkahnya menyertai pasukan Sang Saka Biru malah seorang cucunya juga melakukan perkara yang sama.

Anak kelimanya, Koperal Mohd Khairul Izaidy, 38, bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah manakala anak bongsu, Lans Koperal Nur Syazwani Atiqah, 28, di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh.

Cucunya, Konstabel Muhammad Azrie Mohd Azhar, 22, berkhidmat di Pusat Latihan Polis, Air Hitam, Jempol.

“Dua menantu juga anggota polis iaitu Koperal Rusidi Zainol Abidin, 39, bertugas di Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Sungai Senam, Ipoh dan Koperal Asrulezal Osman, 38, di IPD Yan,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Rambutan, Mukim Padang Pusing, Kedah.

Imam Surau Kampung Lubuk Rambutan itu berkata, beliau dan isteri, Siti Aisyah Said, 63, tidak pernah menyuruh anak-anak ataupun cucu menyertai badan uniform tersebut sebagai kerjaya namun ia berlaku kerana minat masing-masing.

Menurut Muhamad Puzi, kerjayanya sebagai polis yang tinggal di berek mungkin telah mendorong anak-anaknya itu untuk menyertai jejaknya selepas melihat kehidupan anggota badan uniform tersebut setiap hari.

Katanya, setiap anak mempunyai cita-­cita malah dua daripada mereka turut menyertai badan uniform iaitu tentera laut dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menyaksikan ramai ahli keluargnya berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Muhamad Puzi bersama cucunya, Muhammad Azrie yang turut mengikut langkahnya menjadi seorang anggota polis.

Muhamad Puzi bersama cucunya, Muhammad Azrie yang turut mengikut langkahnya menjadi seorang anggota polis.

Tambah Muhamad Puzi, walaupun kerjaya tersebut mempunyai risiko tersendiri, namun demi tanggungjawab yang dipikul, mereka perlu berkhidmat demi keamanan negara.

Menurutnya, slogan Sedia Berkhidmat selama empat dekad dalam perkhidmatan polis menyaksikan beliau mahu terus memberikan perkhidmatan kepada masyarakat melalui aktiviti sukarela seperti keagamaan.

Muhamad Puzi menunjukkan gambar kenangannya semasa berkhidmat bersama polis selama 40 tahun.

Muhamad Puzi menunjukkan gambar kenangannya semasa berkhidmat bersama polis selama 40 tahun.

Dulu lawan komunis,

Kini buru penjenayah digital

Dulu lawan komunis, sekarang penjenayah digital

Menyaksikan keazaman bapa yang menentang ancaman komunis ketika era kekejaman sebelum negara mencapai kemerdekaan menjadi sumber inspirasi buatnya untuk meneruskan legasi dalam PDRM.

Pesara, Mohamad Sidek, 69, berkata, kekentalan bapanya, Allahyarham Sidek Mohamed Amin melawan gerakan komunis ketika tempoh darurat sehingga sanggup bertaruh nyawa menyebabkan beliau menanam hasrat untuk mengikut jejak langkah bagi melindungi negara.

Menurutnya, tidak dapat dinafikan bahawa pasukan Sang Saka Biru itu sentiasa berdepan dengan risiko keselamatan diri terutama apabila berada di barisan hadapan demi menjaga ketenteraman dan keselamatan negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk terus menabur bakti selama 36 tahun dalam PDRM.

“Arwah ayah pernah berkhidmat dalam PDRM ketika tempoh darurat iaitu dari 1945 hingga 1948 yang mana pada zaman tersebut, ayah berjuang habis-habisan menentang komunis yang mengganas.

Setiap kali ayah keluar melakukan operasi, kami tidak tahu bila pula ayah akan pulang dan sama ada masih hidup atau tidak kerana waktu tersebut komunis mengganas yang memerlukan ayah berkhidmat menyebabkan kami sentiasa ternanti-nanti ayah pulang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengimbau kenangan semasa bertugas, Mohamad berkata, pengalaman paling ngeri yang dialami apabila beliau bersama anggota terserempak dengan sekumpulan komunis ketika melaksanakan operasi di salah sebuah hutan di Pahang.

“Walaupun sudah merdeka tetapi ketika itu negara masih ada komunis yang mana saya tidak boleh lupakan apabila saya bersama beberapa lagi rakan sedang membuat rondaan di kawasan tersebut yang mana kami tahu memang banyak komunis.

“Ditakdirkan, kami terserempak dengan mereka dan hanya mampu melawan serta bertawakal. Walaupun kami sudah biasa masuk hutan tetapi pengalaman ini cukup buat kami berdebar tetapi nasib kami baik, tiada yang cedera parah,” ujarnya.

Menurut Mohamad, anggota PDRM sentiasa berdepan dengan isu keselamatan berikutan kumpulan itu merupakan barisan hadapan yang akan memperjuang dan melindungi masyarakat awam.

Tambah bapa kepada lapan anak itu, anggota PDRM pada masa kini dipercayai menghadapi cabaran untuk menangani jenayah siber dan jenayah kolar putih yang dilakukan secara terancang tanpa menggunakan kekerasan termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata, peredaran zaman memerlukan anggota PDRM menyiapkan diri dari segi pengetahuan, kepakaran dan kebijaksanaan terutama dalam teknologi maklumat (IT) untuk menyelesaikan sesuatu jenayah.

“Kalau dahulu, anggota polis menghadapi cabaran untuk melawan komunis tetapi seiring peredaran zaman dengan pertambahan teknologi canggih menyebabkan jenayah juga menjadi lebih kompleks iaitu ke arah digital.
Maka, anggota PDRM perlu lebih tangkas dan persiapkan diri dengan pelbagai ilmu serta pengetahuan untuk menangani jenayah yang juga berkembang semakin moden,” ulasnya.

Dalam pada itu, beliau turut berbangga apabila anak ketiganya, Koperal Detektif Muhd Eyzal Ikram Mohamad, 42, menjejak langkah meneruskan legasi mereka dan secara tidak langsung menjadi generasi ketiga sebagai anggota PDRM dalam keluarga berkenaan.

Menurutnya, Muhd Eyzal Ikram kini bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Tumpat, Kelantan.

Mohamad bersama isterinya, Norizan Yahya.

“Arwah bapa pesan, integriti itu amanah, tanggungjawab yang besar"
Sarjan Detektif Mustapha
“Arwah bapa pesan, integriti itu amanah, tanggungjawab yang besar"
Sarjan Detektif Mustapha

“Sebagai anggota polis, kita perlu utamakan integriti bukan sekadar pakai uniform dan jalankan tugas.”

Itu tegas pesara polis, Sarjan Detektif Mustapha Mohd Zamri, 58, yang menekankan integriti dalam profesion kepolisan selain turut menjadi pegangan Allahyarham bapanya, Korporal Mohd Zamri Baki dan anak saudaranya, Lans Korporal Ismail Aqil Ismail.

Beliau yang berkhidmat selama 33 tahun dengan PDRM berkata, integriti merupakan elemen penting kerana mampu mengangkat dan juga meruntuhkan imej polis.

Justeru katanya, semua anggota polis tanpa mengira pangkat perlu kekal fokus dengan mengekalkan sifat integriti pada tahap tertinggi.

Mustapha menerima anugerah dalam satu majlis tidak lama dahulu.

Mustapha menerima anugerah dalam satu majlis tidak lama dahulu.

“Arwah bapa saya pernah berpesan, integriti ini merupakan amanah atau tanggungjawab yang besar.

“Tanpa integriti bermakna kita telah mengabaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita apatah lagi bagi anggota pasukan keselamatan seperti polis.

“Kalau polis sendiri langgar yang undang-undang, macam mana nak harapkan orang ramai hormat kita? Sebab itulah sepanjang 33 tahun saya bertugas, saya pegang satu prinsip iaitu jangan cemarkan amanah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mustapha yang memulakan kerjayanya pada 15 Julai 1990, telah berkhidmat di beberapa lokasi seperti Balai Polis Sentral Johor Bahru, Balai Polis Larkin dan akhirnya bersara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada 2022.

Selain arwah bapa, Mustapha turut mengharapkan agar anak saudaranya yang kini berkhidmat di IPK, Selangor akan terus mengamalkan integriti tinggi.

Mengulas mengenai cabaran dalam dunia kepolisan hari ini, Mustapha berkata, cabaran yang dihadapi adalah cukup jauh berbeza terutama bagi kes-kes yang melibatkan pengaruh politik termasuk kes jenayah berprofil tinggi.

“Sebelum ini, jenayah lebih kepada rompakan, penyeludupan dan jenayah jalanan, tapi sekarang dah ada jenayah siber, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan macam-macam lagi.

“Kalau polis tidak kuat pegangan, mudah goyah dengan godaan wang atau kuasa akan mudah terjerumus.

“Sebab itulah, saya selalu berpesan pada rakan sekerja dan anak-anak, kalau kita yang sepatutnya kuat pun tunduk pada kesalahan, apa beza kita dengan penjenayah?” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha juga mendedahkan walaupun berbangga menjadi seorang anggota polis namun dia tidak menggalakkan anak-anaknya menyertai perkhidmatan ini.

“Saya ada empat anak lelaki, tetapi saya tak dorong mereka masuk polis. Sebabnya, bukan semua orang mampu hadapi disiplin ketat dan cabaran dalam pasukan.

“Nak jadi polis perlu berdisiplin sejak awal dan jika seseorang itu tidak dibesarkan dalam persekitaran yang mengutamakan disiplin, susah untuk mereka menyesuaikan diri.

Mustapha

Mustapha

"Saya tak mahu mereka masuk polis semata-mata untuk gaji tetapi akhirnya tak mampu bawa amanah dengan baik. Kalau masuk hanya untuk kepentingan sendiri, lebih baik jangan,” tegasnya.

Kerjaya polis semakin mencabar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melalui pelbagai evolusi, bukan sahaja dari aspek kerja, imej dan tugasan malah berjaya mengharungi cabaran keselamatan negara dengan cemerlang.

Pasukan Sang Saka Biru kini mempunyai lebih 137,000 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

PDRM turut menjadi pilihan kerjaya bagi sesetengah keluarga dari satu generasi ke satu generasi.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, membina kerjaya dalam PDRM bukan lagi sekadar pilihan terakhir tetapi menjadi salah satu laluan profesional yang semakin kompetitif dan dihormati masyarakat Malaysia.

Ujarnya yang juga Pengasas Yayasan Prihatin Bekas 69 Komando (YPB69K), ia susulan tindakan perubahan struktur organisasi, peningkatan gaji dan faedah, selain peluang pembangunan profesional lebih baik kepada pegawai dan anggota untuk meningkatkan karier dalam pasukan.

Halim Ishak

Halim Ishak

“Semua ini adalah hasil daripada PDRM yang berjaya menawarkan kerjaya stabil dan berprestij kepada anak-anak muda.

“Saya yakin bahawa persepsi negatif masyarakat terhadap kerjaya sebagai anggota atau pegawai polis harus terus diperbaiki dan disokong bagi memastikan negara sentiasa memiliki pasukan keselamatan yang berkualiti dan berintegriti tinggi,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan kepimpinan PDRM menggerakkan usaha membina sebuah hospital PDRM dan pusat dialisis bagi menghargai jasa anggota, isteri serta anak-anak pasukan itu yang berkorban jiwa raga sejak 218 tahun lalu.

Menurutnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berusia 92 tahun telah mempunyai lima hospital ATM.

Jelasnya, dengan terbina hospital dan penambahan pusat dialisis PDRM pada suatu masa nanti, ia akan membawa satu anjakan positif dalam kalangan masyarakat untuk memilih kerjaya sebagai anggota polis.

Zaki Salleh

Zaki Salleh

Sementara itu, penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, kerjaya polis kini semakin mencabar khususnya membabitkan trend bukan konvensional seperti jenayah siber.

Justeru ujarnya, PDRM perlu sentiasa bersiap sedia dengan kepakaran dan ketangkasan pegawai serta anggota.

Tambah beliau, corak latihan yang dijalankan sejak 1960-an hingga 1990-an tidak sama dengan apa yang dilakukan pada masa ini kerana ia berubah mengikut keperluan semasa.

“Meskipun begitu, asas latihan disiplin polis masih terus kekal dan Pusat Latihan Polis (Pulapol) bertindak melatih pegawai pangkat rendah polis dan pegawai kanan dengan ilmu asas kepolisan seperti undang-undang, kawad, persenjataan serta tatacara asas operasi.

“Satu lagi institusi latihan PDRM yang penting ialah Maktab Pegawai Kanan Polis di Cheras yang melaksanakan pelbagai latihan lanjutan kepada pegawai-pegawai kanan,” katanya.

Ujar Zaki, anggota polis berhadapan cabaran tersendiri mengikut masa dan era masing-masing, bermula sejak era kepolisan moden selepas Perang Dunia Kedua hingga ancaman komunis.

Selain jenayah menurutnya, PDRM juga berdepan cabaran berkaitan isu integriti dan sikap segelintir pegawai serta anggota yang tidak mematuhi undang-undang malah gelap mata ketika menjalankan tugas.

Ini kerana tegas beliau, peluang untuk melakukan salah guna kuasa adalah terbuka dan integriti bukan isu baharu.

Katanya, kecanggihan teknologi dan era digital ketika ini menjadi satu alat kepada mana-mana agensi dan PDRM juga tidak terkecuali dalam perkara tersebut.

“Bagaimanapun kita dapat melihat warga polis ‘Gen Z’ sebagai generasi yang lahir dalam era digital dan pengguna digital lebih mesra teknologi terkini, berbanding generasi sebelumnya,” ujar Zaki.

Lebih banyak kisah lain

Cabaran gen z bergelar ibu muda

Mereka ditakdirkan bertemu jodoh di usia yang dianggap mentah dan menyambut tangisan cahaya mata pertama ketika umur belum pun mencecah 23 tahun.

Gaji tidak cukup untuk kos sara hidup?

Kisah suka duka individu berusia satu abad yang masih sihat menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang. Mereka menyaksikan dan melalui perubahan zaman.

Jerat hutang beli dulu bayar kemudian

Kadar penggunaan skim BNPL di Malaysia semakin meningkat kerana mudah diluluskan dengan jumlah pengguna mencapai 10.3 juta orang pada 2024.

Pendapatan lumayan, suri rumah poket tebal

Mereka ini hanyalah suri rumah namun bijak merebut peluang menambah pendapatan dengan cara tersendiri bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Rahsia moyang hidup lebih 100 tahun

Kisah suka duka individu berusia satu abad yang masih sihat menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang. Mereka menyaksikan dan melalui perubahan zaman dengan pelbagai cabaran.

Trend mati sendirian membimbangkan

Fenomena ramai warga emas di Jepun mati keseorangan dikhuatiri melanda Malaysia susulan trend hidup bersendirian dan tidak berkahwin dalam kalangan rakyat berusia 30 tahun ke atas.

Derita kanak-kanak hidap kanser

Pada 2024 , kadar kes kanser dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah ialah enam kes bagi setiap 100,000 penduduk dengan 1,000 kes kanser kanak-kanak baharu dilaporkan.

Tak sanggup tunggu pencen 60 tahun

Tekanan kerja berlebihan dan keletihan emosi melampau menjadi antara punca utama jururawat hospital kerajaan mengambil keputusan bersara awal berbanding menunggu sehingga umur 60 tahun.

Tanahku tiba-tiba milik

Penipuan pindah milik tanah persendirian semakin meruncing dengan kewujudan sindiket yang beroperasi menggunakan taktik licik dan mengeksploitasi kelemahan sistem pengurusan tanah.

Sinar Karangkraf Sdn Bhd
Lot 1 Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15
40000 Shah Alam
Selangor, Malaysia
03-51017388
editorsh@sinarharian.com.my

Diterbitkan oleh Strategi Kandungan dan Perancang Media pada Jun 2025